Anda mempunyai masalah dengan mertua..? Mungkin ada sesuatu
perbuatan atau tingkahlakunya yang anda tidak senangi. Contohnya ; mungkin
sikapnya yang terlalu mencampuri hal dalaman keluarga anda atau pun terlalu
mendesak atau membandingkan anda dengan menantunya yang lain sedangkan mertua
anda tak tahu pun apa masalah anda sekeluarga sebenarnya. Jadi ! apa yang harus
anda lakukan untuk menegur ?
Silap cara menegur, dikatakan tidak menghormati mertua .
Kalau tidak ditegur, keadaan semakin menjadi-jadi pula. Silap
haribulan hubungan antara anda dan mertua menjadi semakin tegang.
Jadi apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh anda
untuk menasihati mertua ? Di sini
dikongsikan beberapa petua untuk panduan kita bersama.
1. Tengok situasi keadaan ,tempat dan masa.
Pastikan anda memilih keadaan ,masa dan tempat yang sesuai . Tengok mood mereka dulu,
kalau monyok semacam jer. Kalau tengok macam ada masalah jer...janganlah dok cuba-cuba masuk daun. Janganlah dok pi tambah beban mereka. Kalau boleh cubalah tolong apa yang patut untuk selesaikan apa masalah mereka. Bila mereka tengok akan kesungguhan dan keikhlasan menantunya menolong pasti mereka rasa segan dan mudah menerima nasihat kita.
2. Bercakap
dengan lemah lembut dan sopan
Apabila anda perlu menasihati
mertua maka nasihatlah dengan cara yang lemah lembut , bersopan dan bersuara rendah. Janganlah dok menyindir atau macam berceramah pulak. Suara yang lembut lebih berkesan
kepada jiwa , terumatama pada orang yang
lebih tua daripada kita.
3. Mulakan dengan
kemesraan dan memuji mereka.
Mulakan dengan
bercakap hal yang mereka suka. Cari sesuatu yang ada pada diri mereka untuk
dipuji, contohnya baju atau tudung yang cantik. Lepas tu barulah masukkan mesej teguran anda dengan
perlahan-lahan.
4. Gunakan cara kiasan.
Kadang-kadang mertua nih tak boleh terus ditegur. Silap tegur keluar macam-macam dari mulutnya. lebih-lebih
lagi apa yang mahu ditegur tu perkara sensitif yang mungkin menyentuh
maruah dan peribadi mereka. Rekalah cerita atau contoh yang boleh dikaitkan dengan keadaan diri mereka .
Sebagai contoh:
“Pak, kawan
saya Budin tu ada problem sikit dengan mak mertuanya.
Mertuanya kalut sangat campur hal urusan keluarga dia. Sampai tunggang langgang keluarga dia. Pak rasa patut dak saya bagi nasihat kat Budin tu agar mertuanya sedar akan kesilapan depa ?”
Mertua kita pula mesti akan berikan pandangan. Kalau mereka diam pun, dalam masa yang sama mereka akan fikirkan
juga keadaan mereka dengan kita.
5. Guna nama tokoh/ulama tertentu.
Untuk memberi kesan yang lebih lagi. Sewaktu menasihati gunakanlah semula hujah yang telah disampaikan oleh tokoh atau ulamak tertentu yang kita tahu dihormati oleh mertua kita. Mesti mertua kita akan lebih mudah menerima nasihat kita. Jangan sesekali menunjukkan yang kita lebih tahu dari mereka. Sentiasalah merendah diri.
Contohnya ;
“Waktu kuliah maghrib hari tu , kalau tak
silap saya , saya pernah dengar Ustaz tu kata…. “.
Cara ini menunjukkan yang kita tetap terbuka untuk diperbaiki kalau-kalau
mertua rasa hujah yang kita kemukakan itu salah.
6. Gunakan orang
ketiga yang dihormati mereka.
Kadang-kadang nak nasihat orang tua nih bukan bidang kita. Nanti dia kata sapa yang makan garam dulu. Antara cara yang terbaik nak bagi nasihat adalah dengan pesan kat orang ketiga. Gunakan sesiapa yang lebih tua dan dihormati oleh mertua . Tetapi orang ketiga itu pulak mestilah yang rapat dan tahu hal sebenar dalam keluarga kita. Mungkin nasihat orang ketiga ini akan lebih didengar mertua.
7. Tengok diri
sendiri .
Sebenarnya ini adalah perkara utama yang perlu dilihat kita. Kata orang nak nasihat orang perlulah tangok diri sendiri dulu. Cerminkanlah diri tu dulu. Kalau rasa diri sendiri tu masih ada yang tak betul janganlah memandai-mandai nak nasihat orang tua. Jadilah menantu yang dikagumi mertua. Bila dah macam tu , barulah boleh nak nasihat mereka.
0 ulasan:
Post a Comment