LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

3/21/16



Kisah Malam Pertama Budin dan Sally


Suasana malam begitu tenang. Cuma tadi je terdengar bunyi motor lalu di lorong kecil di depan rumah. Mungkin anak Pak Mustar baru balik dari kerja kilang. Cuma terdengar bunyi katak Ong dan cengkerik je dari bendang sana nun.

Budin masuk ke kamar. Hatinya berdebar kencang. dup dap dup dap... Dilihat isterinya Sally sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

 " uih awat cek selimut macam org demam unta je nih ?"  Budin bertanya romantik sambil menyentuh kaki Sally. 

Namun Sally tak berkata apa. Budin lalu berjalan ke tingkap. Budin memeriksa tingkap kut kut tak berkunci. Suasana bilik sejuk dan sunyi. Cuma terdengar bunyi papan lantai berbunyi sikit bila Budin berjalan. 

" malu kut ?. biasalah malam pertama..." bisik hati Budin. Budin lantas duduk di bucu katil. Dia turn off hpnya . Budin tutup pula lampu dan berbaring di katil. Di sebelah Sally.

Di tengah suasana bilik yg sesekali terdengar bunyi kipas angin yg bergetar. Terdengar suara Sally berbisik dgn mata tertutup tapi penuh romantis dan manja giler.   "Buah betik dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" 

"Tu dia..., apa la cek dok melalut ni.. ?" sambut Budin didalam hati. Lucu pulak Budin melihat gelagat Sally. Kesian pula Budin. Yerlah tadi petang Sally bertungkus lumus basuh kawah dgn sepupu sepapatnya. " sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hati Budin penuh keinsafan.

Malam esok macam tu juga. Sally cuba memancing 

"Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai ?" 

"kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar ni ! " Budin bertekad dalam hati. Tak sampai hati melihat Isterinya asyik mengigau je.

Esok harinya, Budin bercerita pada pak mertuanya yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'.
 
"lorrr.....awat la hang mangkuk betul !! " keluh ayah Sally,

"aku ingat hang study sampai Universiti, hang pandai. benda cam tu pun hang tak reti ? bengap juga hang no !! ?"

 lalu Ayah Sally pun berceritalah tentang adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...dan kamasutra.

"oh. cam tu." sengih Budin dgn air luir hampir meleleh 
"baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni ! "

Lalu malam yg sangat di dambakan Budin pun tiba...bahkan Budin telah memasang aircon dan wangi-wangian untuk memeromantikan lagi suasana bilik. Lalu adegan sama dikamar tidur berulang . Tapi kali ni agak lain sikit. Sally tak berdialoq seperti sebelumnya. Sally diam membisu. Budin mula gelabah macam kucing terlekat tulang.

"la...awat diam pulak ? takkan dia merajuk kut tak dapat dapat lagi ?"  tertanya-tanya si Budin. Oleh kerana tak tertahan dah Budin pula cuba memancing.

"Dah sangap betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Budin memula bicara dgn penuh romtik dan tergagap gagap. Budin menunggu jawapan Sally . Namun Sally tak jawab pun...

"Kain pelikat dah disinsing rapi, Disinsing rapi hingga kelutut. boleh pak tani turun menyemai ?"  Budin memancing lagi. Tapi masih tak ada jawapan... Budin dah rasa macam nak menangis .

Budin mencuba lagi.  "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun melanding ?"

Lalu di tangah malam dingin yang sunyi itu barulah dengan sayu sekali Sally menjawap dari bawah selimut, 

"Maaf tuan pilot... Landasannya baru saje banjir...!"





ada banyak lagi kisah menarik tentang sally dan Budin. lawati cerita aku

0 ulasan:

Post a Comment