" Jelas " adalah konsep terpenting dalam mencapai matlamat yang kita idamkan. " Jelas " adalah konsep terpenting dalam meningkatkan produktiviti seseorang.
Orang berjaya melakukan tugas dengan begitu baik dan pantas kerana mereka sangat jelas tentang tujuan dan objectif mereka. Mereka fokus pada tujuan dan matlamat itu tanpa menyimpang dan melakukan sesuatu yang merugikan.
Lebih Jelas kita tahu tentang apa yang kita mahu dan cara untuk mencapainya , lebih mudah kita membunuh kemalasan dan menyelesaikan tugas kita dengan mudah.
Lebih Jelas kita tahu tentang apa yang kita mahu dan cara untuk mencapainya dapat membunuh sikap bertangguh dan kita lebih bermotivasi.
Ini adalah langkah hebat bagi menetapkan matlamat dan mencapai matlamat yang kita mahukan. Langkah langkah ini dapat digunakan sepanjang hayat kita dan dalam apa jua matlamat yang kita ingin capai. Jika di praktikkan betul betul ini mampu meningkatkan produktiviti kita dengan mendadak.
Ada pepatah mengatakan " sebelum kamu berlumba-lumba menaiki tangga kejayaan, pastikan tangga itu tersandar pada banggunan yang betul"
Jadi....Tentukan sendiri atau bincangkan dengan mereka yang pakar atau ketua kita;
Sekiranya kita ada terfikir sebarang aktiviti baru, tambah aktiviti itu ke dalam senarai kerja kita. Teruskan membuat senarai sehingga keseluruhan kerja berjaya disiapkan. Senarai itu memberikan kita gambaran keseluruhan mengenai tugasan ataupun objektif kita.

Cara yang Hebat Untuk Berjaya ikuti tujuh langkah ini.
1) Tentukan Apa Sebenarnya Yang Kita Mahukan
Ada pepatah mengatakan " sebelum kamu berlumba-lumba menaiki tangga kejayaan, pastikan tangga itu tersandar pada banggunan yang betul"
Jadi....Tentukan sendiri atau bincangkan dengan mereka yang pakar atau ketua kita;
- Apa matlamat dan objektif tugas atau impian kita dan mereka. Buat perbincangan sehingga kita betul betul faham dan jelas apa yang kita dan ketua kita mahukan. Apa harapan mereka pada kita dan bagaimana susunan keutamaan kerja kita.
Ini adalah untuk mengelakkan kita terus melakukan kerja yang tidak menguntungkan hanya kerana kita tidak membuat perancangan dan perbincangan yang betul.
2) Tulis
Tuliskan di atas kertas. Jgn kertas kroyok. Buat cara yang kemas.
Apabila kita menulis matlamat, kita menjadikannya jelas. Juga memberikan bentuk yang nyata kepada matlamat itu. Kita mencipta sesuatu yang dapat disentuh dan dilihat.
Kalau tak tulis dengan baik dan kemas ia sama seperti kita cuma berfantasi dan cuma keinginan. Tiada tenaga dibelakangnya. Matlamat yang tidak tertulis membawa kepada kekeliruan, kekaburan, salah arah, dan banyak kesilapan.
3) Tetapkan Tarikh Akhir dan Sub-Tarikh Akhir Sekiranya Perlu Bagi Mencapai Matlamat Kita.
Matlamat ataupun keputusan tanpa tarikh akhir tidak mempunyai unsur kesegeraan. Seolah-olah matlamat itu tidak pernah bermula dan tidak akan berakhir. Pada kebiasaannya, tanpa tarikh akhir yang tetap ataupun tiada tugasan khusus bagi menyelesaikannya, kita pasti selalu menangguhkannya. Hasilnya hanya sedikit sahaja kerja yang dapat dilakukan.
4) Buat Senarai Semua Perkara yang Kita Fikir Kita Mesti Lakukan bagi Mencapai Matlamat Kita
Sekiranya kita ada terfikir sebarang aktiviti baru, tambah aktiviti itu ke dalam senarai kerja kita. Teruskan membuat senarai sehingga keseluruhan kerja berjaya disiapkan. Senarai itu memberikan kita gambaran keseluruhan mengenai tugasan ataupun objektif kita.
Dengan adanya senarai ini, kita berada dilandasan kerja yang betul. Kebarangkalian mencapai matlamat kita pasti meninggkat dengan mendadak. Matlamat yang kita tetapkan pasti dapat dicapai mengikut jadual.
5) Atur Senarai Itu ke dalam Satu Pelan.
Susun senarai mengikut keutamaan yang paling penting. Ambil beberapa minit dan putuskan apa yang perlu kita lakukan dahulu dan apa yang boleh kita lakukan kemudian.
Lebih bagus lagi susun atur pelan itu secara visual di atas kertas. Ia mungkin dapat dibuat dalam bentuk kotak kotak dan bulatan, ataupun dengan garisan dan anak panah yang menunjukkan hubungan antara satu tugasan dengan tugasan yang lain. Jangan terkejut melihathasilnya nanti.
" Betapa mudahnya menyelesaikan tugasan yang besar apabila kita sudah memecahkannya kepada beberapa tugasan yang lebih kecil "
Dengan matlamat bertulis dan pelan yang tersusun, kita menjadi lebih produktif dan efisien berbanding orang yang hanya melakar matlamat mereka dalam minda.
6) Bertindak Serta Merta
Lakukan sesuatu. Lakukan apa-apa saja. Pelan sederhana yang dijalankan dengan bersungguh sungguh, jauh lebih baik berbanding pelan yang cemerlang , tetapi tidak dilaksanakan. Dalam mencapai kejayaan , pelaksanaan adalah kuncinya.
7) Bertekad Melakukan Perkara-perkara yang Dapat Membawa Kita kepada Matlamat Kita pada Setiap Hari
- Masukkan aktiviti-aktiviti ini dalam jadual harian kita. Kita mungkin dapat membaca beberapa halaman buku tentang bidang utama kita.
- Atau kita juga dapat membuat panggilan kepada beberapa orang prospek atau pelanggan.
- Atau bersenam selama 30 minit jika matlamat kita nak kurus.
- Atau berlajar satu bahasa asing selama sejam.
walau apa pun aktiviti itu jgn abaikan walau satu hari. untuk mencapai matlamat kita itu.
Apa yang pasti terus maju kehadapan. apabila kita mula bergerak , terus bergerak dan jgn berhenti. Keputusan yang kita buat secara berdisiplin ini akan meningkatkan kelajuan kita bagi mencapai matlamat dan melonjakkan produktiviti kita.
Selamat Maju Jaya
Latihkan ini.....
Ambil sekeping kertas sekarang juga. Buat satu senarai yang mengandungi 10 matlamat yang kita mahu capai untuk tahun depan. Tulis matlamat matlamat ini seolah-olah kita sudah berada dihujung tahun dan tahun baru akan menjelang tidak lama lagi.
Selamat Maju Jaya
Latihkan ini.....
0 ulasan:
Post a Comment